Wednesday, January 13, 2010

Kajian Standard Pemikiran

Kajian ini merupakan analisis dan penilaian lebih 20 laman web berdasarkan kepada 9 standard pemikiran yang dicadangkan oleh Richard Paul dan Linda Elder (1996) yang berkaitan dengan kemahiran berfikir kreatif & kritis. Berikut merupakan 9 kriteria yang diambil kira dalam kajian ini :

1. Kejelasan (Clarity)
Dalam kriteria ini, ia merujuk kepada sejauh mana penaakulan tersebut dapat difahami dengan huraian atau penerangan yang jelas dan contoh-contoh yang dapat menerangkan sesuatu penaakulan tersebut.

2. Ketepatan (accuracy)
Kriteria ketepatan pula, merujuk sejauh mana penaakulan tersebut bebas daripada sebarang ralat. Soalan-soalannya termasuklah ‘bolehkah kita mengesahkan kebenaranya? Bagaimana kita boleh pastikan bahawa ianya benar?

3. Keterperincian / Ketelitian
Kriteria ini merujuk kepada sejauh mana penaakulan dapat dijelaskan secara terperinci. Ia adalah hasil dari kesedaran bahawa kita memerlukan maklumat yang terperinci dan khusus untuk memudahkan kita memahami sesuatu perkara.

4. Logik
Kriteria ini pula merujuk kepada sejauh mana penaakulan kita munasabah dan boleh diterima oleh akal fikiran.

5. Relevan
Kriteria ini berkaitan dengan isu sejauh mana maklumat itu relevan dengan isu yang ditangani.

6. Kedalaman
Kriteria ini berkaitan dengan maklumat di mana ia merujuk kepada sejauh mana kita telah mengambil kira semua kompleksiti yang berkaitan dengan isu yang ditaakul atau ditangani.

7. Keluasan
Kriteria ini berkaitan dengan maklumat di mana kriteria mendalam merujuk kepada sejauh mana kita telah mengambil kira semua kompleksiti yang berkaitan dengan isu yang ditaakul.

8. Kepentingan (Significant)
Kriteria ini pula berkaitan sama ada penaakulan kita cukup luas merujuk kepada sejauh mana kita telah memikirkan isu tersebut dari pelbagai sudut pandangan atau dilihat dari beberapa cara yang berbeza.

9. Keadilan
Kriteria ini merujuk kepada sejauh mana kita bebas daripada kepentingan peribadi atau bias kepada sudut pandangan yang tertentu.

Jadual di bawah menunjukkan ringkasan analisis untuk tugasan ini:

No comments:

Post a Comment