Tuesday, May 11, 2010

Aktiviti 3: Kreativiti & Inovatif

a) Dapatkan 3 definisi kreativiti dari literatur
  • Menurut Ensiklopedia Malaysiana (1996), kreativiti adalah kemampuan mencipta atau menghasilkan sesuatu.
  • Menurut McInerney & McInerney (1994) pula, terdapat definisi kreativiti yang menekankan sifat-sifat personaliti ada yang memberi tumpuan kepada proses pemikiran dan ada juga yang menekankan hasil usaha sebagai kriteria kreativiti.
  • Menurut sebuah artikel dalam rekacipta, ia menyatakan kreativiti merupakan kebolehan mencipta daya kreatif.

b) Sintesis definisi berkenaan dan hasilkan definisi baru

Kreativiti merupakan kemampuan seseorang individu menghasilkan sesuatu yang baru yang mempunyai unsur-unsur kreatif.

c) Dapatkan definisi inovatif dari literatur
  • Menurut Stopper (2000), Inovasi adalah memperkenalkan sesuatu yang baru ke dalam pasaran (Innovation is simply the introduction of something new into the marketplace.
  • Menurut Rosenfeld (2002), Inovasi adalah transformasi pengetahuan kepada produk, proses dan jasa baru.
  • Menurut Mitra (2001), Inovasi merupakan eksploitasi yang berhasil dari suatu gagasan baru (the successful exploitation of a new idea).

d) Sintesis definisi berkenaan dan hasilkan definisi baru

Inovasi bermaksud membuat pengubahsuaian bagi menghasilkan sesuatu yang baru ke dalam pasaran sedia ada.



e) Apakah berkaitan antara kreativiti dan inovasi dalam konteks pendidikan komputer.

Kreativiti dan inovasi merupakan elemen yang penting dalam dunia pendidikan masa kini berikutan penghasilan pelbagai teknologi yang canggih. Di dalam dunia pendidikan, mereka yang terlibat haruslah berupaya untuk menghasilkan suatu produk baru yang kreatif. Penghasilan perisian kursus belajar (courseware) merupakan contoh yang sangat popular pada masa kini. Perisian tersebut telah menggunakan teknologi kini yang merupakan inovasi dari proses pengajaran dan pembelajaran secara kaedah tradisional. Elemen-elemen yang terkandung di dalamnya dipersembahkan dalam bentuk animasi yang menarik dimana terdapatnya unsur kreativiti di dalamnya sebagai daya tarikan kepada pelajar atau pengguna untuk menggunakannya.































Thursday, May 6, 2010

5 MINDA MASA DEPAN



A. AKTIVITI 1: MINDA DISIPLIN (DISCIPLINED MIND)

a. Dapatkan intisari Minda disiplin oleh Horward Gardner

Minda mestilah didisiplinkan dalam tiga lapisan makna atau cara. Seseorang insan itu mestilah mampu berfikir mengikut disiplin ilmiah/bidang kesarjanaan seperti sejarah, matematiks, sains dan kesenian. Ia seharusnya mempunyai sekurang-kurangnya satu jenis kepakaran dan mempunyai tabiat/kebiasaan lakuan untuk mengaplikasikan ilmunya secara berterusan sehinggalah pembelajaran berlaku sepanjang hayatnya.

b. Beri contoh bagaimana minda disiplin ini boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran komputer

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran komputer, pelajar-pelajarnya boleh diterapkan dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat agar tahap ilmu pengetahuan sedia ada pelajar seiring dengan perkembangan teknologi kini.



B. AKTIVITI 2: MINDA PENSINTESISAN (SYNTHESIZING MIND)

a. Dapatkan intisari Minda pensintesisan oleh Horward Gardner

Para individu terdedah pada jumlah informasi yang amat besar/banyak. Oleh itu kita perlu bijak membuat keputusan untuk menentukan mana yang penting dan bagaimana cara yang terbaik untuk mengatur atau mengurus maklumat untuk diri dan menggunakanya untuk berkomunikasi dengan yang lain sehingga semuanya menjadi sebati (automated) dalam diri.

b. Beri contoh bagaimana minda pensintesisan ini boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran komputer

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran komputer, pelajar-pelajarnya haruslah didedahkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan dengan cara pencarian bahan-bahan bacaan di internet. Dalam bidang komputer ini, ia amat luas dan sentiasa berkembang. Seharusnya pelajar-pelajarnya didedahkan dengan lebih awal akan senario dalam dunia komputer. Melalui pemberian tugasan-tugasan juga dapat membantu pelajar-pelajar untuk mensintesis maklumat yang diperolehi di internet dan diaplikasikan dalam tugasan-tugasan yang diberikan.



C. AKTIVITI 3: MINDA PENCIPTAAN (CREATING MIND)

a. Dapatkan intisari Minda Penciptaan oleh Horward Gardner

Barisan minda yang paling terkedepan ialah minda yang mencipta idea baru…berfikir di luar kotak kebiasaan. Cara pemikiran sedemikian menjangkau disiplin ilmu yang tertentu dan perlu mempunyai kebolehan menggabungjalin tetapi tidak dibataskan oleh sesuatu yang pernah difikirkan dan dilakukan sebelum ini.

b. Beri contoh bagaimana minda penciptaan ini boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran komputer

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran komputer, pelajar-pelajar secara tidak langsung akan mengaplikasikan minda ini semasa membuat tugasan-tugasan seperti kertas projek tahun akhir. Dalam masa yang sama mereka akan mengaplikasikan apa yang telah dipelajarinya dan akan mengaplikasikan konsep pembelajaran kendiri dengan mencari sendiri serta menyelesaikan masalah-masalah yang kemungkinan akan wujud dalam fasa pembangunan.


D. AKTIVITI 4: MINDA PENGHORMATAN (RESPECTFUL MIND)

a. Dapatkan intisari Minda Perhormatan oleh Horward Gardner

Minda Menghormati ini menjangkau tahap toleransi. Seseorang yang mempunyai minda menghormati ini mengalu-alukan kepelbagaian manusia/insan, memburu untuk memahami dan bekerja dengan orang lain, dan memupuk suasana yang terbuka serta saling menerima (reciprocity).

b. Beri contoh bagaimana minda penghormatan ini boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran komputer

Bagi mengaplikasikan minda penghormatan ini, guru atau tenaga pengajar boleh memberikan tugasan kepada pelajar-pelajarnya secara aktiviti berkumpulan dengan melantik seorang ketua dikalangan mereka. Dengan melakukan tugasan secara berkumpulan ini, sesi perbincangan diantara ahli kumpulan akan berlaku serta dapat mengeratkan hubungan antara mereka. Semasa sesi perbincangan, setiap ahli biasanya akan mengutarakan pendapat masing-masing kepada ahli-ahli kumpulan yang lain, seterusnya mereka akan berbincang akan pendapat-pendapat tersebut bagi menentukan pendapat-pendapat yang terbaik. Dalam masa yang sama, secara tidak langsung pelajar-pelajar tersebut telah mengaplikasikan minda penghormatan.



E. AKTIVITI 5: MINDA ETIKA (ETHICAL MIND)

a. Dapatkan intisari Minda Etika oleh Horward Gardner

Minda beretika dibina atas landasan rasa hormat tetapi ia mempunyai sikap yang lebih abstrak atau tinggi. Individu yang beretika mentafsir peranan dirinya sebagai pekerja dan warga negara. Mereka melaksanakan tugas dengan baik…kerjanya cemerlang, beretika dan bermakna pada dirinya. Mereka menganggap diri mereka sebagai warga masyarakat, rantau dan dunia dan bertindak secara membina, bukan dengan cara yang mementingkan diri (non egocentric ways).

b. Beri contoh bagaimana minda etika ini boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran komputer

Bagi mengaplikasikan minda etika ini, guru atau tenaga pengajar boleh memberikan tugasan kepada pelajar-pelajarnya secara aktiviti berkumpulan dengan melantik seorang ketua dikalangan mereka. Dengan melakukan tugasan secara berkumpulan ini, setiap ahli kumpulan akan memainkan peranan masing-masing dalam kumpulan yang diberikan. Sebagai contoh, ketua kumpulan akan menjalankan tugas sebagi seorang ketua atau pemimpin kepada rakan-rakan yang lain, manakala rakan-rakan lain akan menjalankan tugas sebagai ahli yang mempunyai peranan yang tertentu untuk sesuatu tugas yang diberikan.

PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM P&P KOMPUTER/ICT:


A. AKTIVITI 1: KURSUS KHAS – KEMAHIRAN BERFIKIR (KB)


a) Bincangkan kebaikan pengajaran kursus kemahiran berfikir secara kursus khas dan terasing

Antara kebaikan pengajaran kursus kemahiran berfikir secra kursus khas dan terasing adalah seperti berikut:
  • Elemen KB yang terkandung dalam kursus khas disedari oleh peserta.
  • Menumpukan kepada teknik-teknik berfikir.
  • Membuat simulasi teknik-teknik berfikir tersebut.

b) Bincangkan kelemahan pengajaran pengajaran kursus kemahiran berfikir secara kursus khas dan terasing

Antara kelemahan pengajaran kursus kemahiran berfikir secra kursus khas dan terasing adalah seperti berikut:
  • Setelah tamat kursus, barulah diaplikasikan dalam kehidupan seharian atau dalam kursus-kursus yang lain.
  • Kebiasaannya hanya terdapat segelintir para pesertanya sahaja yang akan mengaplikasikan dalam kehidupan seharian ibarat ‘hangat-hangat tahi ayam’.
  • Kebanyakan peserta tidak dapat mengaplikasikan dalam kehidupan kerana faktor-faktor kekangan lain seperti masa, dan keadaan persekitaran mereka.


B. AKTIVITI 2: GABUNGJALIN SECARA TERSURAT

a) Bincangkan kebaikan dan kelemahan teknik ini

Antara kebaikan dan kelemahan teknik gabungjalin secara tersurat adalah seperti berikut:

i. Kebaikan:
  • Elemen KB yang terkandung dalam gabungjalin tersurat disedari oleh peserta.
  • Peserta dapat membezakan aras kemahiran berfikir yang dilaksanakannya sepanjang perlaksanaan kursus.

ii. Kelemahan:
  • Elemen KB yang terkandung dalam gabungjalin tersurat dapat disedari oleh peserta.
  • Motivasi peserta akan berkurangan terhadap teknik-teknik yang terdapat dalam kemahiran berfikir kerana terdapat segelintir individu yang bersikap 'acuh tak acuh' sahaja.

b) Berikan contoh bagaimana teknik ini boleh diintegrasikan dalam kursus komputer.

Dalam kursus kemahiran komputer, para pesertanya hendaklah didedahkan kepada teknik-teknik berfikir terlebih dahulu sebelum memulakan kursus komputer. Disamping itu juga, manual-manual kursus yang disediakan seharusnya mengaplikasikan teknik ini dimana isikandungan yang dipaparkan tidaklah terlalu banyak. Segala isi yang terpapar haruslah ringkas dan padat supaya memebolehkan mereka berfikir cara penyelesaian tersendiri.




C. AKTIVITI 3: GABUNGJALIN SECARA TERSIRAT

a) Bincangkan kelemahan dan kekuatan kaedah ini

Antara kelemahan dan kekuatanan teknik gabungjalin secara tersirat adalah seperti berikut:

i. Kelemahan:
  • Elemen KB yang terkandung dalam gabungjalin tersirat langsung tidak disedari oleh peserta.
  • Peserta tidak dapat membezakan aras kemahiran berfikir yang telah dilaksanakannya

ii. Kekuatan:
  • Elemen KB yang terkandung dalam gabungjalin tersirat tidak dapat disedari oleh peserta.
  • Peserta secara tidak langsung dapat mengaplikasikan teknik-teknik yang terdapat dalam kemahiran berfikir sepanjang program yang diikutinya.

b) Berikan contoh bagaimana kaedah ini boleh diaplikasikan dalam kursus-kursus komputer

Dalam kursus kemahiran komputer, para pesertanya tidak langsung didedahkan kepada teknik-teknik berfikir sepanjang perjalanan kursus komputer. Disamping itu juga, manual-manual kursus yang disediakan seharusnya mengaplikasikan teknik ini dimana isikandungan yang dipaparkan tidaklah terlalu banyak. Segala isi yang terpapar haruslah ringkas dan padat supaya memebolehkan mereka berfikir cara penyelesaian tersendiri.




D. AKTIVITI 4: GABUNGJALIN SECARA TERSIRAT DAN TERSURAT

Berikan contoh bagaimana kaedah ini boleh dilaksanakan dalam kursus komputer.

Dalam kursus kemahiran komputer, para pesertanya akan diberi pendedahan kepada teknik-teknik berfikir sepanjang perjalanan kursus komputer. Namun pendedahan yang diberikan tidaklah terlalu complex dan mengabungjalin kemahiran berfikir sebagai sampingan sahaja. Disamping itu juga, manual-manual kursus yang disediakan seharusnya mengaplikasikan teknik ini dimana isikandungan yang dipaparkan tidaklah terlalu banyak. Segala isi yang terpapar haruslah ringkas dan padat supaya memebolehkan mereka berfikir cara penyelesaian tersendiri.