a) Berdasarkan aktiviti 1 dan 2; buat perbandingan (persamaan dan perbezaan) PM dan PBM
Berdasarkan perbincangan dalam aktiviti 1 iaitu Penyelesaian Masalah (PM) dan aktiviti 2 iaitu Pembelajaran Penyelesaian Masalah (PBM), perbandingan adalah seperti berikut:
Persamaan
ii. Masalah yang wujud atau dikemukakan secara langsung memberikan motivasi kepada sesiapa untuk berusaha melalui penyelidikan, tinjauan, pemerhatian, pencarian maklumat dan pelbagai daya usaha lain untuk mencari kemungkinan-kemungkinan penyelesaian yang boleh diterima.
iii. Setiap masalah yang wujud akan meningkatkan kefahaman, pengalaman serta kecerdasan berfikir kepada individu yang terlibat kerana ia adalah salah satu proses belajar.
Perbezaan
ii. PBM merupakan kaedah pembelajaran yang mengutarakan contoh permasalahan bagi tujuan pemantapan pemahaman bagi sesuatu perkara, sedangkan PM tidak semestinya merujuk kepada proses pembelajaran malah ia bersifat umum yang melihat kepada penyelesaian masalah sebagai subjek utama.
iii. PBM memerlukan contoh permasalahan yang releven bagi mencapai matlamatnya yang mempunyai nilai liabiliti yang sangat rendah dan terhad sedangkan PM berdepan dengan permasalahan yang kadangkala memberikan risiko yang sangat tinggi dan tidak terhad.
iv. PBM memerlukan pengajar atau juru tunjuk yang mengawal proses penyelesaian masalah dan menjadi fasilitator kepada pelajar dalam proses mencari penyelesaian, sedangkan PM sangat bebas daripada mana-mana kawalan dalam penyelesaian masalah malah hanya dikawal oleh pertimbangan akal dan proses pencarian penyelesaian memerlukan daya usaha sendiri sepenuhnya.
b) Huraikan dengan contoh dalam konteks pendidikan komputer
Sebagai contoh bengkel pemasangan komputer. Setiap pelajar dibekalkan set komputer setiap satu. Tujuan bengkel tersebut ialah pemasangan set dalaman CPU dengan betul.
Menurut PBM, para pelajar akan dipantau oleh pengajar sehinggalah pelajar tersebut berjaya menyiapkan tugasan tersebut. Pemantauan ini bertujuan mengelakkan pelajar tersalah pasang dan menyebabkam kerosakan lain. Pengajar seboleh mungkin memastikan kecapaian matlamat pembelajaran sebagai penanda aras kejayaan kepada bengkel tersebut dan pengetahuan-pengetahuan yang berkaitan diterapkan kepada pelajar.
Menurut PM, para pelajar diberikan kebebasan sepenuhnya untuk menyiapkan pemasangan. Jika pelajar tersebut bijak, maka dia akan mencari pengajar atau orang yang pakar dalam bidang tersebut. Jika sebaliknya, kemungkinan pelajar tersebut mencuba-cuba membuat pemasangan sendiri yang akan menyebabkan kerosakan malah mengundang bahaya kepada pelajar itu sendiri. Pelajar pula memandang memasang set CPU sehingga siap merupakan matlamat utama sehingga mengabaikan proses-proses yang berlaku dan pengetahuan-pengetahuan yang berkaitan.
E. AKTIVITI 5: PENYELESAIAN MASALAH KREATIF (PMK)
a) Berdasarkan aktiviti 1 dan 3; buat perbandingan (persamaan dan perbezaan) PM dan PMK
Persamaan
i. Kedua-dua proses menfokuskan kepada pencarian jawapan atau penyelesaian yang bersesuaian bagi menangani masalah yang timbul.
ii. Masalah yang wujud atau dikemukakan secara langsung memberikan motivasi kepada sesiapa untuk berusaha melalui penyelidikan, tinjauan, pemerhatian, pencarian maklumat dan pelbagai daya usaha lain untuk mencari kemungkinan-kemungkinan penyelesaian yang boleh diterima.
iii. Setiap masalah yang wujud akan meningkatkan kefahaman, pengalaman serta kecerdasan berfikir kepada individu yang terlibat kerana ia adalah salah satu proses belajar.
iv. Kedua-duanya terdedah kepada risiko yang tinggi dan tidak terhad.
Perbezaan
i. PMK menuntut individu tersebut mendapatkan penyelesaian baru yang terbaik dan lebih baik daripada penyelesaian yang sedia ada, sedangkan PM tidak menekankan kepada kreativiti malah selagi ada penyelesaian walau pun sedia ada tetap diterima.
ii. PMK memerlukan garapan idea-idea baru yang dilihat daripada pelbagai perspektif yang memberikan hasil yang memuaskan semua pihak dan perspektif, sedangkan PM hanya melihat permasalahan tersebut sebagai subjek utama walaupun mengorbankan sestengah pihak atau perspektif.
iii. PMK akan membuatkan individu tersebut menjadikan masalah dalam bentuk imaginasi dan membayangkan kemungkinan-kemungkinan yang timbul bagi setiap penyelesaian yang di senaraikan dan beranggapan masalah merupakan salah satu platform untuk meneroka idea-idea baru, sedangkan PM melihat masalah sebagai satu beban yang perlu di atasi secepat mungkin.
b) Huraikan dengan contoh dalam konteks pendidikan komputer
Sebagai contoh bengkel laman web. Setiap pelajar diberikan senarai keperluan ayng perlu ada dalam laman web tersebut. Tujuan bengkel tersebut ialah memastikan pelajar berjaya membangunkan sebuah laman web sendiri.
Menurut PMK, proses pembangunan laman web merupakan salah satu platform untuk membolehkan mereka menggunakan kreativiti maing-masing dalam memastikan laman web mereka lebih canggih, memiliki ciri-ciri yang dinamis, reka letak dan grafik yang memberikan kesan dan tarikan kepada pelawat laman web dan lain-lain lagi. Menyiapkan laman web dengan ciri-ciri yang lain daripada yang lain serta mempunyai nilai tambah menjadi faktor penentu kejayaan bagi pelajar tersebut.
No comments:
Post a Comment