Thursday, May 6, 2010

PEMIKIRAN SISTEM, PEMIKIRAN PRAGMATIK, PEMIKIRAN STRATEGIK DALAM P&P KOMPUTER/ICT

A. AKTIVITI 1: PEMIKIRAN SISTEM


a) Apakah maksud sistem? Dan apakah komponen sistem?


Menurut Dictionary Britannica (2010), sistem dimaksudkan: Sekumpulan individu / objek yang saling berinteraksi atau berhubungan atau bergantungan yang seterusnya membentuk satu entiti.


Komponen sistem boleh ditakrifkan sebagai objek-objek yang saling memerlukan atau saling bergantungan dalam membentuk sesuatu sistem. Setiap komponen memiliki sifat-sifat dan kelakuan-kelakuan yang sebahagiannya sama dan sebahagiannya pula berbeza. Setiap satu memberikan kesan dan pengaruh antara satu sama lain.



b) Dapatkan tiga definisi Pemikiran Sistem dari literatur


i) Russell L. Ackoff (1999) menakrifkan pemikiran sistem ialah satu proses memahami sejauhmana sesuatu entiti atau objek mampu mempengaruhi antara satu sama lain dalam keseluruhan sistem. Pemikiran sistem juga didefinisikan sebagai satu pendekatan untuk penyelesaian masalah dengan melihat sesuatu masalah sebagai salah satu bahagian daripada keseluruhan sistem.


ii) Senge (1990) dalam Samad Yahya (2009) mendefinisikan Pemikiran Sistem (System Thinking) iaitu kemampuan untuk melihat dan memahami setiap kejadian sebagai satu sistem. Melihat sesuatu fenomena daripada strukturnya yang paling dalam.


iii) Richard Brynteson dalam bukunya Once Upon A Complex Time (2006) mentakrifkan pemikiran sistem merupakan satu corak pemikiran dengan melihat dari pelbagai sudut, ia melihat kepada hubungkait antara bahagian-bahagian dan tidak hanya melihat sesuatu bahagian tertentu sahaja.


iv) Ibid (2000) dalam Justin Smith (2008) berpendapat bahawa pemikiran sistem mencadangkan manusia supaya berikhtiar untuk memahami sesuatu situasi masalah sebagai sebuah sistem yang saling berhubungan, bergantungan dan berinteraksi; dan seterusnya membina tindakan susulan sebagai penyelesaian satu sistem.


v) Bedasarkan Authenticity Consulting, LLC (2010), pemikiran sistem ialah satu cara untuk membantu seseorang untuk melihat sesuatu sistem daripada perspektif yang luas, termasuk melihat keseluruhan struktur, paten dan kitaran dalam sistem, berbanding dengan hanya melihat pada kejadian yang berlaku dalam sesuatu objek dalam sistem. Dengan melihatnya dengan luas akan membantu individu terbabit mengenalpasti penyebab utama bagi sesuatu isu dalam sesuatu organisasi dengan cepat dan mengetahui tindakan yang perlu dilakukan untuk mengatasinya. Pemikiran sistem terhasil daripada pelbagai prinsip dan alatan penganalisaan dan perubahan sistem


vi) Menurut Jay L. Chatzkel & Barbara Chatzkel (2010) pula, pemikiran sistem membolehkan seseorang untuk merangka dan mengaktifkan semula proses-proses kualiti dengan menitikberatkan kepada pencarian pemangkinan utama dalam sistem, interaksi-interaksi dalam keseluruhan sistem, dan resolusi pada asas permasalahan. Dalam pencerapan yang luas, pemikiran sistem merupakan suatu asas kepada bagaimana seseorang tersebut melihat dunia.


vii) MC Jackson (2007) The development of critical systems thinking can be traced to three ideas. (see Flood and Jackson, eds, 1991). First, it became clear that all the individual systems approaches had their different strengths and weaknesses. When applying them it obviously helps to be ‘critically aware’ of what these are. Second, it was recognised that if they all do have strengths and weaknesses then some benefit must be gained from using them in combination - the notion of methodological pluralism. Third, any approach to changing social systems surely needs to take into account the possible social consequences of its use. This is especially the case for systems thinking which claims to consider the ‘whole system’. Critical systems thinking took upon itself the responsibility for investigating the meaning of words like ‘emancipation’ and ‘improvement’ in systems thinking



c) Kemukakan sintesis dari definisi-definisi berkenaan


i) Pemikiran sistem ialah satu bentuk pemikiran yang mengajak seseorang tersebut melihat sesuatu permasalahan dalam konteks yang lebih menyeluruh.


ii) Setiap permasalahan yang timbul dalam sesuatu objek atau entiti mempunyai hubung-kait dengan objek-objek atau entiti-entiti yang lain dalamm sesebuah sistem.


iii) Setiap permasalahan memerlukan penglibatan semua objek atau entiti dalam mengenalpasti punca serta tindakan penyelesaian yang diperlukan.


iv) Seseorang individu mampu mengenalpasti penyebab utama kepada sesuatu permasalahan dan kesan-kesan masalah tersebut kepada objek atau entiti yang berkaitan dengannya.


v) Pemikiran sistem bukan hanya melihat kepada kesan serta punca permasalahan dalam keseluruhan sistem malah melihat juga kepada tindakan penyelesaian dan kesan daripada tindakan tersebut dalam sistem.



d) Kemukakan contoh bagaimana pemikiran sistem dalam pengajaran dan pembelajaran komputer diaplikasikan


Dalam pembangunan perisian, pelajar akan melalui proses mengenalpasti masalah dan analisa masalah. Pelajar akan merungkai permasalahan yang timbul dalam sesuatu organisasi tersebut serta persekitan yang wujud yang menyumbang kepada permasalahan berkenaan. Pelajar diminta untuk memilih satu projek perisian komputer.


Pengajar akan membimbing pelajar-pelajar mengenai keperluan membuat analisa masalah serta persekitarannya. Pengajar akan mengingatkan kepentingan persekitaran yang akan memberikan kesan kepada hasil sesuatu perisian. Pelajar diminta untuk menyenaraikan kesemua objek atau elemen dan kesannya ke atas perisian. Dari situ, para pelajar akan membuat kaji selidik dan saling bertukar-tukar pendapat. Hasilnya akan dibentangkan oleh wakil setiap kumpulan pelajar dan pengajar akan memberikan maklum balas dan komentar.




B. AKTIVITI 2: PEMIKIRAN PRAGMATIK


a) Apakah maksud pragmatik?


Britannica Dictionary (2010) mendefinisikan pragmatik sebagai perkaitan kepada sesuatu fakta atau hal ehwal praktikal yang seringkali menjadi pertikaian dengan sesuatu intelektual atau artistik.



b) Dapatkan tiga definisi pemikiran pragmatik dari literatur


i) Matthew Halteman (2010) memberikan tafsiran mengenai pemikiran pragmatik sebagai satu bentuk pemikiran yang membolehkan seseorang itu mencapai matlamat hidup dengan cara membantunya memahami serta menyesuaikan diri dalam apa-apa jua perubahan pada persekitarannya.


ii) Patrick Baert and Bryan Turner (2007) pemikiran merupakan satu kaedah pemikiran yang mana merungkai spekulasi keseliratan metafizik. Pemikiran ini lebih cenderung kepada penilaian akibat daripada sesuatu tindakan yang membolehkan sesuatu spekulasi dikurangkan.


iii) G Goldkuhl (2006) menjelaskan bahawa teras kepada idea-idea dalam pemikiran pragmatik ialah yang mana penyelidikan dan teori-teori perlulah selaras dengan tindakan hendak yang diambil.


iv) Neil Heffernan (2005) menegaskan bahawa pemikiran pragmatik diperlukan oleh pemimpin dan pendidik yang mana pemikiran tersebut membenarkan penyelesaian yang realistik kepada sesuatu masalah yang wujud.



c) Kemukakan sintesis dari definisi-definisi berkenaan


i) Pemikiran pragmatik merupakan satu bentuk pemikiran yang melihat kepada kesesuaian sesuatu tindakan yang perlu dilakukan bagi menangani masalah yang wujud dengan mengambil kira secar khususa kepada realiti semasa.


ii) Pertikaian mengenai penyelesaian yang diambil seringkali wujud apabila tindakan tersebut tidak selari dengan teori atau pendapat persekitaran.


iii) Asas kepada tindakan satu penyelesaian yang ingin diambil adalah lebih cenderung kepada kepentingan tindakan tersebut berbanding merujuk kepada formula-formula penyelesaian tertentu.



iv) Pemikiran pragmatik mengutamakan penyelesaian yang bersifat praktikal dan realiti.



d) Kemukakan contoh pemikiran pragmatik dalam pengajaran dan pembelajaran komputer.


Dalam pembangunan perisian, pelajar didedahkan mengenai metodologi-metodologi pembangunan perisian. Terdapat terlalu banyak metodologi yang ada dalam buku rujukan. Para pelajar ditugaskan untuk memilih metodologi pembangunan perisian yang sesuai dengan contoh projek yang ingin dibangunkan.


Para pelajar akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan diminta untuk memilih satu projek cadangan. Pelajar akan diminta untuk memilih metodologi perisian yang sesuai dengan projek cadangan mereka. Pelajar akan membuat analisa dan menyelidik projek tersebut terlebih dahulu. Hasil analisa tersebut akan membantu pelajar menentukan metodologi yang terbaik untuk projek cadangan masing-masing.


Pengajar pula akan cuba memberikan panduan serta sedaya upaya berbahas mengenai kesesuaian metodologi yang mereka pilih dengan projek cadangan tersebut sehingga mereka benar-benar memhami konsep metodologi dan cara pemilihannya.




C. AKTIVITI 3: PEMIKIRAN STRATEGIK


a) Dapatkan tiga definisi pemikiran strategik dari literatur


i) Menurut Center for Applied Research (2010), pemikiran strategik memberikan fokus kepada mencari dan membina peluang-peluang yang unik untuk mencipta sesuatu nilai dengan membolehkan suatu provokatif dan dialog kreatif yang melibatkan individu-individu yang berperanan dalam hala tuju organisasi.


ii) Kauf C.H (2003) pula berpendapat pemikiran strategik merupakan satu cara yang membolehkan individu-individu dalam sesebuah organisasi bersama-sama memikirkan sesuatu yang bermanfaat, kecapaian, pandangan dan mencipta masa depan untuk mereka sendiri dan juga yang bersangkutan dengan mereka. Ia lebih daripada betindak balas ke atas tindakan harian sebaik mungkin dengan permasalahan jangka panjang, peluang dan realiti-realiti baru; ia lebih kepada penciptaan hari esok. Pemikiran strategik juga memberi fokus kepada bagaimana untuk mencipta masa depan yang lebih baik dengan pro-aktif dan penambahan nilai kepada organisasi.


iii) Vincent Amanor-Boadu (2004) menerangkan pemikiran strategik ialah suatu proses untuk mengformulakan, berkomunikasi dan menerangkan idea dengan jelas, strategi-strategi yang padat dan jelas yang disasarkan untuk mencapai sesuatu hasil yang diinginkan.


iv) Erich Zahn (1999) membuat perbandingan antara pemikiran strategik dengan perancangan strategik. Menurut beliau, pemikiran strategik ialah suatu proses penerokaan minda mengenai sesuatu perkara, perancangan strategik pula ialah suatu proses yang menukarkan hasil penerokaan tersebut kepada tindakan-tindakan. Pemikiran strategik adalah mengenai sintesis manakala perancangan strategik adalah mengenai analisis dan perjalanan tindakan tersebut.



b) Kemukakan sintesis dari definisi-definisi berkenaan


i) Pemikiran strategik merupakan satu proses menggunakan kreativiti, gerak hati, penyelidikan dan pemahaman mengenai sesuatu fenomena.


ii) Pemikiran strategik juga merupakan satu proses ke arah mendapatkan suatu strategi yang terbaik dan membolehkannya mencapai kelebihan yang kompetitif


iii) Pemikiran strategik adalah penting untuk menentukan hala tuju mengenai sesuatu dan memenuhi matlamat jangka panjang.


iv) Pemikiran strategik lebih menumpukan mengenai langkah-langkah yang perlu diambil dengan mengambil kira faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan setiap satunya.


v) Pemikiran strategik ini lazimnya memerlukan seseorang yang benar-benar mahir dan memahami situasi semasa bagi sesuatu permasalahan.



c) Kemukakan contoh pemikiran strategik dalam pengajaran dan pembelajaran komputer.

Dalam pengajaran dan pembelajaran, tugasan yang memerlukan tempoh masa yang agak panjang sedikit sebanyak membuatkan setiap pelajar akan membuat kira-kira dan menentukan hala tuju tugasan tersebut.


Pengajar akan memberikan satu tugasan untuk membangunkan perisian kepada setiap individu. Pengajar akan menyatakan senarai keperluan dan sumber-sumber yang boleh didapati. Tugasan tersebut memerlukan suatu proses yang panjang, bermula daripada penelitian masalah sehingga perisian tersebut siap.


Berdasarkan keperluan yang diberikan dan sumber-sumber (masa, tenaga dan sumber lain) yang terhad akan membuatkan pelajar berfikir mengenai hala tuju tugasan tersebut. Matlamat utama sudah tentulah menyiapkan tugasan sebelum tempoh masa. Bermula dari situ, pelajar akan menetapkan langkah-langkah yang boleh diambil dengan mengambil kira faktor-faktor yang mengekang dan faktor-faktor yang memberikan rangsangan.


Pengajar bolehlah meminta pelajar menerangkan mengenai langkah-langkah yang telah diambil untuk menyiapkan tugasan tersebut semasa pelajar membentangkan tugasan yang telah siap. Pengajar juga boleh mencungkil kelebihan dan kelemahan sumber yang dimiliki dan berbahas denga pelajar tersebut untuk mengenalpasti sejauhmana pelajar tersebut memanipulasikan kelebihan dan kelemahan yang wujud sepanjang proses menyiapkan tugasan tersebut.


Secara tidak sedar ia akan membuatkan pelajar tersebut mengetahui bahawa proses menyiapkan tugasan juga memerlukan pemikiran strategik.

No comments:

Post a Comment