Thursday, May 6, 2010

PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM P&P KOMPUTER/ICT:


A. AKTIVITI 1: KURSUS KHAS – KEMAHIRAN BERFIKIR (KB)


a) Bincangkan kebaikan pengajaran kursus kemahiran berfikir secara kursus khas dan terasing

Antara kebaikan pengajaran kursus kemahiran berfikir secra kursus khas dan terasing adalah seperti berikut:
  • Elemen KB yang terkandung dalam kursus khas disedari oleh peserta.
  • Menumpukan kepada teknik-teknik berfikir.
  • Membuat simulasi teknik-teknik berfikir tersebut.

b) Bincangkan kelemahan pengajaran pengajaran kursus kemahiran berfikir secara kursus khas dan terasing

Antara kelemahan pengajaran kursus kemahiran berfikir secra kursus khas dan terasing adalah seperti berikut:
  • Setelah tamat kursus, barulah diaplikasikan dalam kehidupan seharian atau dalam kursus-kursus yang lain.
  • Kebiasaannya hanya terdapat segelintir para pesertanya sahaja yang akan mengaplikasikan dalam kehidupan seharian ibarat ‘hangat-hangat tahi ayam’.
  • Kebanyakan peserta tidak dapat mengaplikasikan dalam kehidupan kerana faktor-faktor kekangan lain seperti masa, dan keadaan persekitaran mereka.


B. AKTIVITI 2: GABUNGJALIN SECARA TERSURAT

a) Bincangkan kebaikan dan kelemahan teknik ini

Antara kebaikan dan kelemahan teknik gabungjalin secara tersurat adalah seperti berikut:

i. Kebaikan:
  • Elemen KB yang terkandung dalam gabungjalin tersurat disedari oleh peserta.
  • Peserta dapat membezakan aras kemahiran berfikir yang dilaksanakannya sepanjang perlaksanaan kursus.

ii. Kelemahan:
  • Elemen KB yang terkandung dalam gabungjalin tersurat dapat disedari oleh peserta.
  • Motivasi peserta akan berkurangan terhadap teknik-teknik yang terdapat dalam kemahiran berfikir kerana terdapat segelintir individu yang bersikap 'acuh tak acuh' sahaja.

b) Berikan contoh bagaimana teknik ini boleh diintegrasikan dalam kursus komputer.

Dalam kursus kemahiran komputer, para pesertanya hendaklah didedahkan kepada teknik-teknik berfikir terlebih dahulu sebelum memulakan kursus komputer. Disamping itu juga, manual-manual kursus yang disediakan seharusnya mengaplikasikan teknik ini dimana isikandungan yang dipaparkan tidaklah terlalu banyak. Segala isi yang terpapar haruslah ringkas dan padat supaya memebolehkan mereka berfikir cara penyelesaian tersendiri.




C. AKTIVITI 3: GABUNGJALIN SECARA TERSIRAT

a) Bincangkan kelemahan dan kekuatan kaedah ini

Antara kelemahan dan kekuatanan teknik gabungjalin secara tersirat adalah seperti berikut:

i. Kelemahan:
  • Elemen KB yang terkandung dalam gabungjalin tersirat langsung tidak disedari oleh peserta.
  • Peserta tidak dapat membezakan aras kemahiran berfikir yang telah dilaksanakannya

ii. Kekuatan:
  • Elemen KB yang terkandung dalam gabungjalin tersirat tidak dapat disedari oleh peserta.
  • Peserta secara tidak langsung dapat mengaplikasikan teknik-teknik yang terdapat dalam kemahiran berfikir sepanjang program yang diikutinya.

b) Berikan contoh bagaimana kaedah ini boleh diaplikasikan dalam kursus-kursus komputer

Dalam kursus kemahiran komputer, para pesertanya tidak langsung didedahkan kepada teknik-teknik berfikir sepanjang perjalanan kursus komputer. Disamping itu juga, manual-manual kursus yang disediakan seharusnya mengaplikasikan teknik ini dimana isikandungan yang dipaparkan tidaklah terlalu banyak. Segala isi yang terpapar haruslah ringkas dan padat supaya memebolehkan mereka berfikir cara penyelesaian tersendiri.




D. AKTIVITI 4: GABUNGJALIN SECARA TERSIRAT DAN TERSURAT

Berikan contoh bagaimana kaedah ini boleh dilaksanakan dalam kursus komputer.

Dalam kursus kemahiran komputer, para pesertanya akan diberi pendedahan kepada teknik-teknik berfikir sepanjang perjalanan kursus komputer. Namun pendedahan yang diberikan tidaklah terlalu complex dan mengabungjalin kemahiran berfikir sebagai sampingan sahaja. Disamping itu juga, manual-manual kursus yang disediakan seharusnya mengaplikasikan teknik ini dimana isikandungan yang dipaparkan tidaklah terlalu banyak. Segala isi yang terpapar haruslah ringkas dan padat supaya memebolehkan mereka berfikir cara penyelesaian tersendiri.


No comments:

Post a Comment