A. AKTIVITI 1: MINDA DISIPLIN (DISCIPLINED MIND)
a. Dapatkan intisari Minda disiplin oleh Horward Gardner
Minda mestilah didisiplinkan dalam tiga lapisan makna atau cara. Seseorang insan itu mestilah mampu berfikir mengikut disiplin ilmiah/bidang kesarjanaan seperti sejarah, matematiks, sains dan kesenian. Ia seharusnya mempunyai sekurang-kurangnya satu jenis kepakaran dan mempunyai tabiat/kebiasaan lakuan untuk mengaplikasikan ilmunya secara berterusan sehinggalah pembelajaran berlaku sepanjang hayatnya.
b. Beri contoh bagaimana minda disiplin ini boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran komputer
Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran komputer, pelajar-pelajarnya boleh diterapkan dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat agar tahap ilmu pengetahuan sedia ada pelajar seiring dengan perkembangan teknologi kini.
B. AKTIVITI 2: MINDA PENSINTESISAN (SYNTHESIZING MIND)
a. Dapatkan intisari Minda pensintesisan oleh Horward Gardner
Para individu terdedah pada jumlah informasi yang amat besar/banyak. Oleh itu kita perlu bijak membuat keputusan untuk menentukan mana yang penting dan bagaimana cara yang terbaik untuk mengatur atau mengurus maklumat untuk diri dan menggunakanya untuk berkomunikasi dengan yang lain sehingga semuanya menjadi sebati (automated) dalam diri.
b. Beri contoh bagaimana minda pensintesisan ini boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran komputer
Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran komputer, pelajar-pelajarnya haruslah didedahkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan dengan cara pencarian bahan-bahan bacaan di internet. Dalam bidang komputer ini, ia amat luas dan sentiasa berkembang. Seharusnya pelajar-pelajarnya didedahkan dengan lebih awal akan senario dalam dunia komputer. Melalui pemberian tugasan-tugasan juga dapat membantu pelajar-pelajar untuk mensintesis maklumat yang diperolehi di internet dan diaplikasikan dalam tugasan-tugasan yang diberikan.
C. AKTIVITI 3: MINDA PENCIPTAAN (CREATING MIND)
a. Dapatkan intisari Minda Penciptaan oleh Horward Gardner
Barisan minda yang paling terkedepan ialah minda yang mencipta idea baru…berfikir di luar kotak kebiasaan. Cara pemikiran sedemikian menjangkau disiplin ilmu yang tertentu dan perlu mempunyai kebolehan menggabungjalin tetapi tidak dibataskan oleh sesuatu yang pernah difikirkan dan dilakukan sebelum ini.
b. Beri contoh bagaimana minda penciptaan ini boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran komputer
Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran komputer, pelajar-pelajar secara tidak langsung akan mengaplikasikan minda ini semasa membuat tugasan-tugasan seperti kertas projek tahun akhir. Dalam masa yang sama mereka akan mengaplikasikan apa yang telah dipelajarinya dan akan mengaplikasikan konsep pembelajaran kendiri dengan mencari sendiri serta menyelesaikan masalah-masalah yang kemungkinan akan wujud dalam fasa pembangunan.
D. AKTIVITI 4: MINDA PENGHORMATAN (RESPECTFUL MIND)
a. Dapatkan intisari Minda Perhormatan oleh Horward Gardner
Minda Menghormati ini menjangkau tahap toleransi. Seseorang yang mempunyai minda menghormati ini mengalu-alukan kepelbagaian manusia/insan, memburu untuk memahami dan bekerja dengan orang lain, dan memupuk suasana yang terbuka serta saling menerima (reciprocity).
b. Beri contoh bagaimana minda penghormatan ini boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran komputer
Bagi mengaplikasikan minda penghormatan ini, guru atau tenaga pengajar boleh memberikan tugasan kepada pelajar-pelajarnya secara aktiviti berkumpulan dengan melantik seorang ketua dikalangan mereka. Dengan melakukan tugasan secara berkumpulan ini, sesi perbincangan diantara ahli kumpulan akan berlaku serta dapat mengeratkan hubungan antara mereka. Semasa sesi perbincangan, setiap ahli biasanya akan mengutarakan pendapat masing-masing kepada ahli-ahli kumpulan yang lain, seterusnya mereka akan berbincang akan pendapat-pendapat tersebut bagi menentukan pendapat-pendapat yang terbaik. Dalam masa yang sama, secara tidak langsung pelajar-pelajar tersebut telah mengaplikasikan minda penghormatan.
E. AKTIVITI 5: MINDA ETIKA (ETHICAL MIND)
a. Dapatkan intisari Minda Etika oleh Horward Gardner
Minda beretika dibina atas landasan rasa hormat tetapi ia mempunyai sikap yang lebih abstrak atau tinggi. Individu yang beretika mentafsir peranan dirinya sebagai pekerja dan warga negara. Mereka melaksanakan tugas dengan baik…kerjanya cemerlang, beretika dan bermakna pada dirinya. Mereka menganggap diri mereka sebagai warga masyarakat, rantau dan dunia dan bertindak secara membina, bukan dengan cara yang mementingkan diri (non egocentric ways).
b. Beri contoh bagaimana minda etika ini boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran komputer
Bagi mengaplikasikan minda etika ini, guru atau tenaga pengajar boleh memberikan tugasan kepada pelajar-pelajarnya secara aktiviti berkumpulan dengan melantik seorang ketua dikalangan mereka. Dengan melakukan tugasan secara berkumpulan ini, setiap ahli kumpulan akan memainkan peranan masing-masing dalam kumpulan yang diberikan. Sebagai contoh, ketua kumpulan akan menjalankan tugas sebagi seorang ketua atau pemimpin kepada rakan-rakan yang lain, manakala rakan-rakan lain akan menjalankan tugas sebagai ahli yang mempunyai peranan yang tertentu untuk sesuatu tugas yang diberikan.

1 comment:
Salam..creating mind or creative mind?
Post a Comment