Friday, June 11, 2010

TEORI PEMBELAJARAN (TEORI BEHAVIORISME)

A. AKTIVITI 1: TEORI BEHAVIORISME

a) Dapatkan intisari teori pembelajaran pembelajaran behaviorisme

Teori Pelaziman Klasik (Pavlov)
  1. Konsep RANGSANGAN dan GERAK BALAS. Ini adalah penting untuk memahami pelaziman klasik.
  2. Konsep penting dalam pengajaran dan pembelajaran dihasilkan dari prinsip pelaziman klasik:
  • Generalisasi
  • Diskriminasi
  • Penghapusan

Teori Pelaziman Operan Thorndike
  1. Konsep Operan diasaskan oleh Thorndike
  2. Hukum-hukum pembelajaran yang terlibat adalah seperti berikut:
  • Hukum Kesediaan
  • Hukum Latihan
  • Hukum Kesan

Teori Pelaziman Operan Skinner
  1. Peneguhan dan jenis peneguhan
  2. Dendaan dan jenis dendaan
  3. Prinsip Premack
  4. Pelupusan

b) Kaitkan dengan kreativiti

Teori pembelajaran behaviorisme yang berkaitan dengan kreativiti ialah Teori pelaziman operan skinner. Ia menggunakan konsep peneguhan yang berkaitan rapat dengan Prinsip Premack. Di dalam prinsip ini sesuatu aktiviti yang disukai akan digabungkan dengan sesuatu aktiviti yang tidak disukai. Ia terdapat elemen kreativiti kerana menggabungkan 2 aktiviti supaya aktiviti yang disukai dapat mendorong untuk menjadi peneguh kepada aktiviti yang tidak disukai.


c) Beri contoh bagaimana perkaitan ini boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran komputer

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran komputer mempunyai cabaran tersendiri contohnya dalam pengajaran dan pengaturcaraan komputer. Bagi mereka yang buta IT atau langsung tidak pernah terlibat dengan komputer sama ada secara langsung mahupun tidak, mereka akan merasakan belajar komputer atau pengaturcaraan komputer merupakan sesuatu yang sangat sukar. Oleh yang demikian kita bolehlah menggabungkan unsur (aktiviti yang tidak disukai) komputer atau pengaturcaraan komputer dengan unsur (aktiviti yang disukai) yang dapat menarik perhatian mereka seperti permainan berkomputer, dan filem.

Thursday, June 10, 2010

TEORI PEMBELAJARAN (TEORI KECERDASAN TRIARCHIC - ROBERT STERNBERG)


I. Aktiviti 8 : Teori kecerdasan Kecerdasan Triarchic (Robert Sternberg)


a) Dapatkan intisari teori kecerdasan Triarchic

Seorang ahli psikologi, Robert Sternberg menganggap kecerdasan adalah sesuatu yang saling berkait dengan pemprosesan maklumat. Beliau mengkaji bagaimana maklumat 'mengalir' ke dalam diri kita justeru bagaimana maklumat tersebut berubah mengikut keperluan diri. Analisis yang dilakukannya akhirnya muncul sebagai model kecerdasan bercabang tiga (atau triarchic).

Sternberg mengakui bahawa seseorang individu tidak semestinya mempunyai satu jenis kecerdasan sahaja. Terdapat sesetengah individu yang mempunyai integrasi ketiga-tiga jenis kecerdasan ini dengan menunjukkan tahap kecerdasan yang sangat tinggi.

Model Kecerdasan Bercabang tiga ini terdiri daripada komponen (componential), pengalaman (experiential) dan konteks (contextual).

i) Kecerdasan Komponen (Componential Intelligence)

Ciri utama kecerdasan ini ialah menganalisis. Kecerdasan seseorang individu dalam bidang akademik bolehlah dipanggil sebagai kecerdasan komponen.


ii) Kecerdasan Pengalaman (Experiential Intelligence)

Kecerdasan ini bolehlah dijelaskan ertinya dengan kreativiti. Kecerdasan ini bolehnya dilihat sebagai kebolehan untuk mengatasi situasi baru seterusnya mempelajari dari situasi tersebut.


iii) Kecerdasan Konteks (Contextual Intelligence)

Terdapat sesetengah individu yang boleh mengadaptasikan diri mereka mengikut suasana persekitarannya. Mereka yang mempunyai kecerdasan ini pandai mengorak langkah untuk berjaya di dalam hidup.


b) Kaitkan dengan kreativiti

Kecerdasan Pengalaman mempunyai perkaitan yang sangat rapat dengan kreativiti kerana dapat menggunakan pengalaman sedia ada bagi membentuk dan menangani situasi yang baru. Sebagai contoh semasa belajar membuat pengaturcaraan, pelajar akan menggunakan pengalaman yang lepas semasa belajar asas pengaturcaraan iaitu ‘try and error’ untuk diaplikasikan semasa belajar sesuatu bahasa pengatucaraan yang baru dan lebih mencabar.


c) Beri contoh bagaimana perkaitan ini boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran komputer

Semasa pengajaran dan pembelajaran komputer, guru bolehlah memberi peluan kepada pelajar untuk meneroka terlebih dahulu tentang sesuatu perkara yang hendak di ajar. Contoh, dalam tajuk mengajar membuat aplikasi menggunakan perisian-perisian tertentu, guru bolehlah mengarahkan pelajar untuk meneroka perisian tersebut selama beberapa minit sebelum memulakan kelas.


TEORI PEMBELAJARAN (TEORI KECEDERDASAN PELBAGAI - HOWARD GARDNER)


H. Aktiviti 8 : Teori kecerdasan pelbagai (Howard Gardner)


a) Dapatkan intisari teori kecerdasan pelbagai (multiple intellegences)

Teori Kecerdasan Pelbagai diperkenalkan oleh Dr. Howard Gardner pada tahun 1983. Beliau merupakan profesor dalam bidang pendidikan di Harvard Universiti. Menurut Gardner, kaedah lama untuk mengukur tahap kecerdasan manusia, iaitu berdasarkan ujian IQ adalah terlalu terhad. Justeru, Dr. Gardner telah mengemukakan 8 jenis kecerdasan yang berbeza sebagai satu cara untuk mengukur potensi kecerdasan manusia, kanak-kanak dan dewasa.

Kecerdasan-kecerdasan yang telah dikenal pasti adalah seperti berikut:

i) Linguistik ("word smart"):
  • Sifat: Pelajar yang memiliki kecerdasan ini akan menggunakan bahasa secara berkesan dan mempunyai keupayaan auditori yang optimum. Belajar paling baik melalui pendengaran .Tidak membina gambaran mental. Suka bercakap. Gemar membaca, bermain teka kata dan penulisan.
  • Aplikasi dalam pengajaran & pembelajaran secara hubungan: Perkataan
  • Kerjaya: Sasterawan (Penulis, Penyajak, Penceramah, Pensyarah dalam bidang sastera)
  • Contoh: A. Samad Said, William Shakespeare

ii) Logikal ("number/reasoning smart"):
  • Sifat: Pemikiran secara konsep, abstrak. Berkebolehan menjelajahi dan menghubungkait. Mereka gemar kepada pembuktian, pengiraan, permainan berasaskan kepada logik dan penyelesaian puzzle.
  • Aplikasi dalam pengajaran & pembelajaran secara hubungan: nombor atau logik
  • Kerjaya: Ahli Matematik, Saintis, Jurutera, Akauntan.
  • Contoh: Al-khawarizmi, Isaac Newton.

iii) Bodily / Kinesthetic ("Body smart"):
  • Sifat: Gemar pergerakan aktif dalam pembelajaran. Mempunyai kemahiran berkomunikasi melalui pergerakan badan dan aktiviti fizikal. Cemerlang dalam aktiviti 'hands-on'. Kadang-kadang mereka didapati sukar untuk memberikan tumpuan dan fokus.
  • Aplikasi dalam pengajaran & pembelajaran secara hubungan: Pengalaman fizikal
  • Kerjaya: Atlit sukan, pemain bola sepak, peninju, penari, pelakon, tentera, polis.
  • Contoh: Nicol David, Jackie Chan, Rosyam Noor.

iv) Visual / Spatial ("Picture smart"):
  • Sifat: Mereka yang mempunyai kecerdasan ini dikatan memerlukan visual bagi membina kefahaman mereka. Pembelajaran yang paling berkesan ialah dengan menggunakan gambar dan imej. Mereka akan menukarkan apa yang dibaca dan didengar kepada bentuk gambaran mental. Kebiasaannya cemerlang dalam pembelajaran bilik darjah.
  • Aplikasi dalam pengajaran & pembelajaran secara hubungan: Gambar
  • Kerjaya: Pelukis, Pengukir, Arkitek.
  • Contoh: Leonardo Da Vinci, Hijjaz Kasturi

v) Muzik ("Music smart"):
  • Sifat: Sensitif terhadap irama dan bunyi. Mereka boleh belajar dengan menggunakan muzik.
  • Aplikasi dalam pengajaran & pembelajaran secara hubungan: Muzik
  • Kerjaya: Komposer, Penyanyi
  • Contoh: Ajai, P. Ramlee, Siti Nurhaliza

vi) Interpersonal ("people smart"):
  • Sifat: Gemar untuk berinteraksi dengan individu yang lain. Pembelajaran yang paling berkesan ialah dengan aktivti berkumpulan.
  • Aplikasi dalam pengajaran & pembelajaran secara hubungan:Pengalaman sosial
  • Kerjaya: Ahli Politik, Peniaga, Pengacara, Usahawan
  • Contoh: Aznil Hj. Nawawi

vii) Intrapersonal ("Self smart"):
  • Sifat: Mempunyai ciri yang sensitif. Pembelajaran yang berkesan ialah dilakukan secara individu.
  • Aplikasi dalam pengajaran & pembelajaran secara hubungan: Refleksi Kendiri
  • Kerjaya: Pengarang, Ahli Motivasi, Pakar Kaunseling, Ahli Psikologi.
  • Contoh: Dr. Fadzilah kamsah, Jean Piaget.

viii) Naturalist ("Nature smart"):
  • Sifat: Mereka mempunyai kebolehan untuk berinteraksi dengan persekitaran.
  • Aplikasi dalam pengajaran & pembelajaran secara hubungan: Pengalaman dengan alam semula jadi.
  • Kerjaya: Ahli Biologi, Geologist.
  • Contoh: Charles Darwin.

b) Kaitkan dengan kreativiti

Menurut Megat (2009) penciptaan lagu adalah sesuatu yang memerlukan daya konsentrasi dan kreativiti yang tinggi. Hanya mereka yang berupaya mengatasi pelbagai kegagalan sahaja mampu menangani tekanan disebabkan kekangan penceritaan semasa mencipta lagu maupun lirik. Seperti yang di katakan oleh Patterson, kemahiran mencipta lagu dan lirik merupakan suatu ruang di mana pelajar menggabung jalin kemahiran muzikal, aestetik dan bahasa. Para pelajar awal remaja berupaya melakukan eksperimen dengan pengetahuan yang dipelajari sekaligus mematangkan kemahiran berfikir.


c) Beri contoh bagaimana perkaitan ini boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran komputer

Sebagai contohnya, semasa sesi pengajaran dan pembelajaran komputer guru boleh la menggabungkan elemen muzik bagi menarik perhatian dan membangkitkan semangat untuk terus mengikuti pembelajaran. Guru juga boleh menyediakan tugasan untuk murid menghasilkan satu bentuk persembahan dalam bentuk video. Ia secara tidak langsung dapat meningkatkan dan mengasah kemahiran serta kreativiti minda pelajar-pelajar.



TEORI PEMBELAJARAN (TEORI MINIMALISME - JOHN M. CARROLL)

G. Aktiviti 7 : Minimalisme (John M. Carroll)

a) Dapatkan intisari teori pembelajaran minimalisme

i. Teori Minimalisme telah diasaskan oleh John M. Carroll. Ia merupakan satu rangka kerja untuk reka bentuk berarahan, khususnya untuk penyediaan bahan-bahan latihan kepada pengguna komputer.

ii. Teori ini mencadangkan:
  • Tugas-tugas pembelajaran seharusnya dalam bentuk aktiviti-aktiviti bermakna dan serba lengkap
  • Para pelajar seharusnya diberikan projek-projek yang realistik dan boleh diaplikasikan.
  • Arahan yang yang diberikan seharusnya membolehkan taakulan kepada arahan sendiri
  • Bahan-bahan latihan dan aktiviti yang diberikan haruslah tidak mempunyai sebarang ralat atau pemulihan.
  • Seharusnya terdapat saling berkaitan antara latihan dengan sistem sebenar.

iii. Menurut teori ini juga, pelajar dewasa lebih suka untuk meneroka terlebih dahulu akan jangkaan-jangkaan hasil tugasan. Majoritinya juga mempunyai perasaan “nak sesuatu dengan mudah”.

iv. Idea utama teori ini ialah untuk meminimumkan pengarahan pembelajaran dan lebih menekankan kepada aktiviti pembelajaran kendiri dan pencapaian.


b) Kaitkan dengan kreativiti

Dengan memikirkan tugasan-tugasan dalam aktiviti yang bermakna, secara tidak langsung ia dapat meningkatkan kemahiran berfikir dan kreativiti individu. Bagi menghasilkan tugas-tugas pembelajaran yang bermakna ia memerlukan masa serta minda yang kreatif dan kritis.


c) Beri contoh bagaimana perkaitan ini boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran komputer

Contohnya dengan memberi tugasan kepada pelajar-pelajar membuat training (kursus) dan dalam masa yang sama mereka akan terlubat dalam penghasilkan satu sistem atau bahan modul yang akan digunakan semasa kursus tersebut. Semasa proses membuat bahan modul, arahkan pelajar untuk mengaplikasikan teori ini. Hasil kursus merupakan bahan ukur untuk mengukur sama ada modul yang digunakan bermanfaat dan mempunyai ciri-ciri teori minimalism atau tidak.