Thursday, June 10, 2010

TEORI PEMBELAJARAN (TEORI KECERDASAN TRIARCHIC - ROBERT STERNBERG)


I. Aktiviti 8 : Teori kecerdasan Kecerdasan Triarchic (Robert Sternberg)


a) Dapatkan intisari teori kecerdasan Triarchic

Seorang ahli psikologi, Robert Sternberg menganggap kecerdasan adalah sesuatu yang saling berkait dengan pemprosesan maklumat. Beliau mengkaji bagaimana maklumat 'mengalir' ke dalam diri kita justeru bagaimana maklumat tersebut berubah mengikut keperluan diri. Analisis yang dilakukannya akhirnya muncul sebagai model kecerdasan bercabang tiga (atau triarchic).

Sternberg mengakui bahawa seseorang individu tidak semestinya mempunyai satu jenis kecerdasan sahaja. Terdapat sesetengah individu yang mempunyai integrasi ketiga-tiga jenis kecerdasan ini dengan menunjukkan tahap kecerdasan yang sangat tinggi.

Model Kecerdasan Bercabang tiga ini terdiri daripada komponen (componential), pengalaman (experiential) dan konteks (contextual).

i) Kecerdasan Komponen (Componential Intelligence)

Ciri utama kecerdasan ini ialah menganalisis. Kecerdasan seseorang individu dalam bidang akademik bolehlah dipanggil sebagai kecerdasan komponen.


ii) Kecerdasan Pengalaman (Experiential Intelligence)

Kecerdasan ini bolehlah dijelaskan ertinya dengan kreativiti. Kecerdasan ini bolehnya dilihat sebagai kebolehan untuk mengatasi situasi baru seterusnya mempelajari dari situasi tersebut.


iii) Kecerdasan Konteks (Contextual Intelligence)

Terdapat sesetengah individu yang boleh mengadaptasikan diri mereka mengikut suasana persekitarannya. Mereka yang mempunyai kecerdasan ini pandai mengorak langkah untuk berjaya di dalam hidup.


b) Kaitkan dengan kreativiti

Kecerdasan Pengalaman mempunyai perkaitan yang sangat rapat dengan kreativiti kerana dapat menggunakan pengalaman sedia ada bagi membentuk dan menangani situasi yang baru. Sebagai contoh semasa belajar membuat pengaturcaraan, pelajar akan menggunakan pengalaman yang lepas semasa belajar asas pengaturcaraan iaitu ‘try and error’ untuk diaplikasikan semasa belajar sesuatu bahasa pengatucaraan yang baru dan lebih mencabar.


c) Beri contoh bagaimana perkaitan ini boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran komputer

Semasa pengajaran dan pembelajaran komputer, guru bolehlah memberi peluan kepada pelajar untuk meneroka terlebih dahulu tentang sesuatu perkara yang hendak di ajar. Contoh, dalam tajuk mengajar membuat aplikasi menggunakan perisian-perisian tertentu, guru bolehlah mengarahkan pelajar untuk meneroka perisian tersebut selama beberapa minit sebelum memulakan kelas.


No comments:

Post a Comment