D. AKTIVITI 4: TEORI KONSTRUKTIVISME
a) Dapatkan intisari teori pembelajaran konstruktionisme kognitif
i. Teori konstruktivisme pada dasarnya menekankan pembinaan konsep yang asas sebelum konsep itu dibangunkan dan kemudiannya diaplikasikan apabila diperlukan.
ii. Menurut Brooks (1998), manusia membentuk pemikiran dan membina pemahaman berdasarkan peristiwa yang mereka alami sebelum ini. Ini merujuk kepada teori konstruktivisme yang menekankan pembinaan konsep melalui pengetahuan lepas.
iii. Menurut Jones (1997) pula, konstruktivisme ialah proses menambah dan mensintesis maklumat baru berpandukan pengetahuan sedia ada untuk mendapatkan satu maklumat baru.
iv. Kesimpulannya, konstruktivism ialah proses membuat analisis dan menilai maklumat baru diterima berdasarkan pengetahuan yang sedia ada dan menggunakan pengalaman individu untuk menjana suatu maklumat baru. Hasilannya, individu tersebut akan membentuk pemahamannya sendiri dan suatu konsep tertentu berhubung pengetahuan dan maklumat berkenaan.
v. Prinsip-prinsip Konstruktivisme:
- Pengetahuan dibina pelajar.
- Pemahaman dibentuk melalui analisis dan sintesis pengalaman lalu.
- Aktiviti pembelajaran menggabungkan 3 domain iaitu domain kognitif, domain afektif dan domain psikomotor.
- Refleksi membantu membentuk pengetahuan dan pemahaman.
- Pelajar berperanan menentukan pembelajaran sendiri.
- Hasilan pembelajaran adalah pelbagai dan sukar hendak dijangka.
- Menggalakkan pelajar berfikir dan mencuba idea baru.
- Menyokong dan mencabar pemikiran seseorang
b) Kaitkan dengan kreativiti
Semasa sesi penganajaran dan pembelajaran berlaku, para Guru perlu mengenalpasti cara untuk mengaitkan pengajaran dengan pengetahuan sedia ada pelajar supaya pelajar dapat menggambarkan perkara yang diajar dan memudahkan mereka untuk faham akan topik yang ingin disampaikannya. Apabila guru dapat menyampaikan isi pelajaran dengan mengaitkannya dengan kehidupan seharian pelajar-pelajarnya mengikut persekitaran mereka, maka secara tidak langsung pelajar-pelajarnya akan mudah faham seterusnya dapat belajar bagaimana perkaitan itu wujud dan dapat melatih minda mereka untuk berfikir mengikut kreativitinya.
c) Beri contoh bagaimana perkaitan ini boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran komputer
Untuk mengaplikasikan teori pembelajaran ini di dalam pengajaran dan pembelajaran komputer, apa yang boleh dilakukan adalah dengan memberikan latihan penyelesaian masalah kepada pelajar yang mempunyai kaitan dengan persekitaran sedia ada mereka. Sebagai contoh, untuk mengajar tentang perkakasan komputer, CPU komputer bolehlah dikaitkan dengan otak manusia dimana terdapatnya persamaan dari segi fungsi-fungsinya, begitu juga perkakasan yang lain seperti Webcam yang dapat dikaitkan seperti mata, speaker sebagai telinga, mikrofon sebagai mulut untuk berkata-kata dan lain-lain perkaitan yang dapat digambarkan oleh pelajar-pelajarnya.
No comments:
Post a Comment