Thursday, June 10, 2010

TEORI PEMBELAJARAN (TEORI KECEDERDASAN PELBAGAI - HOWARD GARDNER)


H. Aktiviti 8 : Teori kecerdasan pelbagai (Howard Gardner)


a) Dapatkan intisari teori kecerdasan pelbagai (multiple intellegences)

Teori Kecerdasan Pelbagai diperkenalkan oleh Dr. Howard Gardner pada tahun 1983. Beliau merupakan profesor dalam bidang pendidikan di Harvard Universiti. Menurut Gardner, kaedah lama untuk mengukur tahap kecerdasan manusia, iaitu berdasarkan ujian IQ adalah terlalu terhad. Justeru, Dr. Gardner telah mengemukakan 8 jenis kecerdasan yang berbeza sebagai satu cara untuk mengukur potensi kecerdasan manusia, kanak-kanak dan dewasa.

Kecerdasan-kecerdasan yang telah dikenal pasti adalah seperti berikut:

i) Linguistik ("word smart"):
  • Sifat: Pelajar yang memiliki kecerdasan ini akan menggunakan bahasa secara berkesan dan mempunyai keupayaan auditori yang optimum. Belajar paling baik melalui pendengaran .Tidak membina gambaran mental. Suka bercakap. Gemar membaca, bermain teka kata dan penulisan.
  • Aplikasi dalam pengajaran & pembelajaran secara hubungan: Perkataan
  • Kerjaya: Sasterawan (Penulis, Penyajak, Penceramah, Pensyarah dalam bidang sastera)
  • Contoh: A. Samad Said, William Shakespeare

ii) Logikal ("number/reasoning smart"):
  • Sifat: Pemikiran secara konsep, abstrak. Berkebolehan menjelajahi dan menghubungkait. Mereka gemar kepada pembuktian, pengiraan, permainan berasaskan kepada logik dan penyelesaian puzzle.
  • Aplikasi dalam pengajaran & pembelajaran secara hubungan: nombor atau logik
  • Kerjaya: Ahli Matematik, Saintis, Jurutera, Akauntan.
  • Contoh: Al-khawarizmi, Isaac Newton.

iii) Bodily / Kinesthetic ("Body smart"):
  • Sifat: Gemar pergerakan aktif dalam pembelajaran. Mempunyai kemahiran berkomunikasi melalui pergerakan badan dan aktiviti fizikal. Cemerlang dalam aktiviti 'hands-on'. Kadang-kadang mereka didapati sukar untuk memberikan tumpuan dan fokus.
  • Aplikasi dalam pengajaran & pembelajaran secara hubungan: Pengalaman fizikal
  • Kerjaya: Atlit sukan, pemain bola sepak, peninju, penari, pelakon, tentera, polis.
  • Contoh: Nicol David, Jackie Chan, Rosyam Noor.

iv) Visual / Spatial ("Picture smart"):
  • Sifat: Mereka yang mempunyai kecerdasan ini dikatan memerlukan visual bagi membina kefahaman mereka. Pembelajaran yang paling berkesan ialah dengan menggunakan gambar dan imej. Mereka akan menukarkan apa yang dibaca dan didengar kepada bentuk gambaran mental. Kebiasaannya cemerlang dalam pembelajaran bilik darjah.
  • Aplikasi dalam pengajaran & pembelajaran secara hubungan: Gambar
  • Kerjaya: Pelukis, Pengukir, Arkitek.
  • Contoh: Leonardo Da Vinci, Hijjaz Kasturi

v) Muzik ("Music smart"):
  • Sifat: Sensitif terhadap irama dan bunyi. Mereka boleh belajar dengan menggunakan muzik.
  • Aplikasi dalam pengajaran & pembelajaran secara hubungan: Muzik
  • Kerjaya: Komposer, Penyanyi
  • Contoh: Ajai, P. Ramlee, Siti Nurhaliza

vi) Interpersonal ("people smart"):
  • Sifat: Gemar untuk berinteraksi dengan individu yang lain. Pembelajaran yang paling berkesan ialah dengan aktivti berkumpulan.
  • Aplikasi dalam pengajaran & pembelajaran secara hubungan:Pengalaman sosial
  • Kerjaya: Ahli Politik, Peniaga, Pengacara, Usahawan
  • Contoh: Aznil Hj. Nawawi

vii) Intrapersonal ("Self smart"):
  • Sifat: Mempunyai ciri yang sensitif. Pembelajaran yang berkesan ialah dilakukan secara individu.
  • Aplikasi dalam pengajaran & pembelajaran secara hubungan: Refleksi Kendiri
  • Kerjaya: Pengarang, Ahli Motivasi, Pakar Kaunseling, Ahli Psikologi.
  • Contoh: Dr. Fadzilah kamsah, Jean Piaget.

viii) Naturalist ("Nature smart"):
  • Sifat: Mereka mempunyai kebolehan untuk berinteraksi dengan persekitaran.
  • Aplikasi dalam pengajaran & pembelajaran secara hubungan: Pengalaman dengan alam semula jadi.
  • Kerjaya: Ahli Biologi, Geologist.
  • Contoh: Charles Darwin.

b) Kaitkan dengan kreativiti

Menurut Megat (2009) penciptaan lagu adalah sesuatu yang memerlukan daya konsentrasi dan kreativiti yang tinggi. Hanya mereka yang berupaya mengatasi pelbagai kegagalan sahaja mampu menangani tekanan disebabkan kekangan penceritaan semasa mencipta lagu maupun lirik. Seperti yang di katakan oleh Patterson, kemahiran mencipta lagu dan lirik merupakan suatu ruang di mana pelajar menggabung jalin kemahiran muzikal, aestetik dan bahasa. Para pelajar awal remaja berupaya melakukan eksperimen dengan pengetahuan yang dipelajari sekaligus mematangkan kemahiran berfikir.


c) Beri contoh bagaimana perkaitan ini boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran komputer

Sebagai contohnya, semasa sesi pengajaran dan pembelajaran komputer guru boleh la menggabungkan elemen muzik bagi menarik perhatian dan membangkitkan semangat untuk terus mengikuti pembelajaran. Guru juga boleh menyediakan tugasan untuk murid menghasilkan satu bentuk persembahan dalam bentuk video. Ia secara tidak langsung dapat meningkatkan dan mengasah kemahiran serta kreativiti minda pelajar-pelajar.



No comments:

Post a Comment