Thursday, June 10, 2010

TEORI PEMBELAJARAN (TEORI PEMPROSESAN MAKLUMAT)

B. AKTIVITI 2: TEORI PEMPROSESAN MAKLUMAT (INFORMATION PROCESSING) KOGNITIF

a) Dapatkan intisari teori pembelajaran pemprosesan maklumat

i. Pembelajaran dikenali sebagai proses “input-proses-output”. Benda hidup menerima pelbagai jenis rangsangan daripada persekitarannya secara sedar dan tidak sedar. Setiap diri individu menilai input dari persekitarannya, merekodkannya dan memindahkannnya kepada tindak balas tertentu. Rangsangan diproses oleh sistem saraf untuk dikenali dan diletakkan dalam bahagian otak jangka pendek.

ii. Setelah dikodkan, maklumat yang penting dihantar kepada ingatan jangka panjang. Ingatan jangka panjang merupakan bahagian otak di mana pengalaman tertentu disimpan untuk dikaitkan dengan pengalaman lama untuk memudahkan proses pembelajaran.

iii. Terdapat beberapa peringkat spesifik dalam model pemprosesan maklumat iaitu:
  • Peringkat Pertama (Ingatan atau memori sensori)
  • Peringkat Kedua (Pengiktirafan dan Penilaian)
  • Peringkat Ketiga (Ingatan jangka pendek)
  • Peringkat Keempat (Keusangan atau gangguan)

iv. Teori pemprosesan maklumat juga dikenali sebagai Teori pembelajaran Gagne. Mengikut Gagne, organisma menerima pelbagai jenis rangsangan daripada persekitarannya secara sedar dan tidak sedar. Rangsangan ini akan diterima dan diproses oleh deria-deria orgnisma. Setiap individu akan menilai input daripada persekitarannya, mentafsirkannya dan memindahkannya kepada tindakbalas tertentu. Rangsangan diproses oleh sistem saraf untuk dikenali dan diletakkan dalam bahagian otak ingatan jangka Gagne juga mengatakan bahawa pembelajaran dan penyampaian isi pengajaran mesti bergerak daripada aras paling mudah kepada yang lebih kompleks. Beliau mengemukakan 8 fasa yang melibatkan proses pembelajaran :
  • Motivasi
  • Kefahaman
  • Pemerolehan
  • Penahanan
  • Mengingat Kembali
  • Generalisasi
  • Perlakuan
  • Maklum Balas


b) Kaitkan dengan kreativiti

Fasa-fasa yang terlibat dalam model ini merupakan proses yang sangat unik yang berlaku secara dalaman dalam diri individu. Bagi fasa pemahaman ia berlaku mengikut tahap yang berbeza pada setiap individu. Cara atau teknik yang terlibet bagi proses ini juga adalah berbeza. Sebagai contohnya, sesetengah individu akan membuat penaakulan yang tersendiri serta akan menggunakan cara tersendiri apabila menerima sesuatu pelajaran yang baru bagi memudahkan pemahaman mereka. Dalam penyelesaian masalah dalam membuat satu program menggunakan sesuatu bahasa pengaturcaraan contohnya, cara penyelesaian yang terlibat juga kebiasaannya berbeza-beza bergantung kepada kreativiti pelajar-pelajarnya untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan menggunakan syntax sedia ada.


c) Beri contoh bagaimana perkaitan ini boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran komputer

Dalam mengaplikasikan teori ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran komputer, apa yang boleh dilakukan adalah dengan menyediakan masalah pengaturcaran sebagai contoh dan meminta pelajr-pelajarnya untuk menyelesaikan masalah yang diberikan mengikut cara mereka tersendiri serta mengikut pemahaman mereka supaya dengan latihan seperti ini dapat meningkatkan lagi penggunaan fasa-fasa yang terlibat dalam proses pembelajaran.



1 comment:

Unknown said...

Tq, good information of theories

Post a Comment