Thursday, June 10, 2010

TEORI PEMBELAJARAN (TEORI KOGNITIF SOSIAL - ALBERT BANDURA)

C. AKTIVITI 3: TEORI KOGNITIF SOASIAL (ALBERT BANDURA)

a) Dapatkan intisari teori pembelajaran kognitif sosial

Teori kognitif sosial diasaskan oleh Albert Bandura. Teori ini menjelaskan perilaku manusia dalam konteks interaksi timbal balik yang berkesinambungan antara kognitif, perilaku dan pengaruh lingkungan. Keadaan lingkungan sekitar individu sangat berpengaruh pada pola pembelajaran sosial ini. Misalnya seorang kanak-kanak yang hidupnya dalam persekitaran judi, maka kanak-kanak tersebut akan cenderung untuk berjudi, atau sekurang-kurangnya menganggap bahawa judi itu merupakan perkara yang tidak salah serta tidak memudaratkan dirinya.

Perkara-perkara utama yang terlibat dalam pembelajaran pemerhatian adalah :
  • Perhatian (Attention), merangkumi peristiwa peniruan (iaitu terdapatnya kejelasan, penglibatan perasaan, peningkatan kesukaran, kelaziman, nilai fungsi) dan ciri-ciri pemerhati (minat, persepsi, penguatan sebelumnya).
  • Penyimpanan atau proses mengingat (Retention), meliputi kod-kod simbolik, pengorganisasian fikiran, pengulangan simbol, pengulangan motorik.
  • Reproduksi motorik (Reproduction), merangkumi kemampuan fizik, kemampuan meniru.
  • Motivasi, mencakup dorongan dari luar dan penghargaan terhadap diri sendiri (Motivation).

Selain itu juga yang harus diperhatikan bahawa faktor model atau teladan mempunyai prinsip-prinsip seperti berikut:
  • Tingkat tertinggi belajar dari pemerhatian diperoleh dengan cara mengorganisasikan sejak awal dan mengulangi tingkah laku secara simbolik kemudian melakukannya. Proses mengingat akan lebih baik dengan cara menukarkan tingkahlaku yang ditiru kedalam kata-kata, tanda atau gambar dari pada hanya melakukan pemerhatian sahaja. Sebagai contoh: Untuk mempelajari gerakan dalam seni tari dari tenaga pengajarnya memerkukan pemerhatian dari pelbagai sudut yang dibantu cermin dan kemudiannya ditiru oleh pelajar-pelajarnya dalam masa yang sama. Kemudian proses untuk mengulang tingkah laku tersebut akan lebih berkesan jika terdapatnya bantuan lain seperti penayangan video-video yang berkaitan, gambar atau dalam bentuk arahan-arahan yang tertulis dalam buku panduan.
  • Individu lebih tertarik terhadap tingkah laku yang ditiru jika sesuai dengan nilai yang dimilikinya.
  • Individu akan tertarik terhadap tingkah laku yang ditiru jika model tersebut disukai dan dihargai serta model yang diikutinya mempunyai nilai yang bermanfaat.

Teori kognitif sosial yang diasaskan oleh Bandura ini merupakan gabungan antara teori belajar behavioristik dengan penguatan dan psikologi kognitif, dengan prinsip modifikasi perilaku. Proses belajar masih berpusat pada penguatan, hanya terjadi secara langsung dalam berinteraksi dengan lingkungannya.


b) Kaitkan dengan kreativiti

Penerapan teori belajar sosial dalam iklan televisyen. Iklan selalu menampilkan bintang-bintang yang popular dan disukai masyarakat, hal ini untuk mendorong pengguna untuk membeli sabun supaya mempunyai kulit seperti para "bintang" popular. Kebanyakan iklan yang disiarkan sama ada di kaca TV mahupun di ruang udara Radio menampilkan artis-artis terkemuka serta menggabungkan elemen-elemen kreatif supaya mesej yang ingin disampaikan kepada pengguna kesampaian.


c) Beri contoh bagaimana perkaitan ini boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran komputer

Guru dapat memainkan peranan yang sangat penting sebagai ‘role model’ terhadap para pelajarnya. Semasa proses penyampaian, guru seharusnya mengaplikasikan elemen kreativiti supaya dapat menarik perhatian para pelajarnya dengan mempunyai ciri yang berbeza serta unik dari guru-guru yang lain seterusnya dapat menyakinkan pelajar-pelajarnya bahawa subjek yang diajarnya merupakan subjek yang sangat menarik.

Selain itu, guru juga boleh membahagikan pelajar-pelajarnya kepada beberapa kumpulan yang besar dengan melantik seorang ketua mengikut suara ramai bagi setiap kumpulan. Dengan demikian mereka akan lebih terdedah untuk membina keyakinan diri.

No comments:

Post a Comment