E. AKTIVITI 5: TEORI KONSTRUKTIVISME SOSIAL (VYGOTSKY)
a) Dapatkan intisari teori pembelajaran Kontruktivisme sosial
i. Teori Konstruktivisme Sosial dikenali juga sebagai teori konstruktivisme. Ia telah diperkenalkan oleh Lev Semenovich Vygotsky (1986-1934). Beliau merupakan seorang guru dan sarjana. Menurut vygotsky, interaksi sosial memainkan peranan penting dalam pembangunan kognitif kanak-kanak. Teori ini lebih menekankan kepada peranan pengajaran dan interaksi sosial bagi perkembangan pengetahuan.
ii. Andaian asas teori ini ialah:
iv. Sumbangan yang utama teori ini ialah konsep zone of proximal development dan scaffolding. Scaffolding pula ialah bantuan sementara orang dewasa kepada pelajar untuk membuat sesuatu yang lebih sukar. Saat dan ketika dimana bantuan itu diberikan adalah dipanggil zon perkembangan proksimal (zone of proximal development).
ii. Andaian asas teori ini ialah:
- Orang dewasa mendidik kanak-kanak melalui kaedah formal dan informal
- Setiap budaya mempunyai alat-alat dalam budaya untuk mendidik
- Pemikiran dan bahasa saling mempengaruhi
- Kanak-kanak atau individu memimpin diri melalui self talk (inner speech).
- Kanak-kanak boleh melakukan perkara yang lebih sukar jika dibimbing.
- Tugas yang mencabar akan menggalakkan perkembangan minda
- Bermain merupakan satu cara kanak-kanak untuk belajar
iv. Sumbangan yang utama teori ini ialah konsep zone of proximal development dan scaffolding. Scaffolding pula ialah bantuan sementara orang dewasa kepada pelajar untuk membuat sesuatu yang lebih sukar. Saat dan ketika dimana bantuan itu diberikan adalah dipanggil zon perkembangan proksimal (zone of proximal development).
b) Kaitkan dengan kreativiti
Dalam teori pembelajaran ini ada menyatakan bahawa kanak-kanak akan memimpin diri mereka sendiri malalui self talk (inner speech). Melalui inner speech ini, kanak-kanak akan membuat tingkah laku berdasarkan pengalaman mereka serta mengikut situasi persekitaran mereka. Ia sebenarnya secara tidak langsung dapat mendidik diri kanak-kanak untuk belajar berfikir. Dan dengan mengaitkannya situasi persekitaran mereka, mereka secara tidak langsungnya juga akan mengaplikasikan apa yang dilihatnya dan mengulang tingkah laku tersebut mengikut kreativiti mereka dan tahap pemikiran mereka.
c) Beri contoh bagaimana perkaitan ini boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran komputer
Pembelajaran menjadi suatu pengalaman dan menjadi maklum balas kepada pelajar-pelajar dan guru. Para guru perlu menggalakkan pelajar bersosial dan membuat aktiviti luar seperti membuat aktiviti amal seperti kursus komputer di luar kampus. Oleh yang demikian ia dapat menggalakkan pelajar untuk lebih berinteraksi dengan masyarakat luar seterusnya dapat meningkatkan perkembangan pemikiran pelajar-pelajar.
2 comments:
boleh tahu citation ni dapat daripada mana?
hoho upsi
Post a Comment