Thursday, June 10, 2010

TEORI PEMBELAJARAN (TEORI MINIMALISME - JOHN M. CARROLL)

G. Aktiviti 7 : Minimalisme (John M. Carroll)

a) Dapatkan intisari teori pembelajaran minimalisme

i. Teori Minimalisme telah diasaskan oleh John M. Carroll. Ia merupakan satu rangka kerja untuk reka bentuk berarahan, khususnya untuk penyediaan bahan-bahan latihan kepada pengguna komputer.

ii. Teori ini mencadangkan:
  • Tugas-tugas pembelajaran seharusnya dalam bentuk aktiviti-aktiviti bermakna dan serba lengkap
  • Para pelajar seharusnya diberikan projek-projek yang realistik dan boleh diaplikasikan.
  • Arahan yang yang diberikan seharusnya membolehkan taakulan kepada arahan sendiri
  • Bahan-bahan latihan dan aktiviti yang diberikan haruslah tidak mempunyai sebarang ralat atau pemulihan.
  • Seharusnya terdapat saling berkaitan antara latihan dengan sistem sebenar.

iii. Menurut teori ini juga, pelajar dewasa lebih suka untuk meneroka terlebih dahulu akan jangkaan-jangkaan hasil tugasan. Majoritinya juga mempunyai perasaan “nak sesuatu dengan mudah”.

iv. Idea utama teori ini ialah untuk meminimumkan pengarahan pembelajaran dan lebih menekankan kepada aktiviti pembelajaran kendiri dan pencapaian.


b) Kaitkan dengan kreativiti

Dengan memikirkan tugasan-tugasan dalam aktiviti yang bermakna, secara tidak langsung ia dapat meningkatkan kemahiran berfikir dan kreativiti individu. Bagi menghasilkan tugas-tugas pembelajaran yang bermakna ia memerlukan masa serta minda yang kreatif dan kritis.


c) Beri contoh bagaimana perkaitan ini boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran komputer

Contohnya dengan memberi tugasan kepada pelajar-pelajar membuat training (kursus) dan dalam masa yang sama mereka akan terlubat dalam penghasilkan satu sistem atau bahan modul yang akan digunakan semasa kursus tersebut. Semasa proses membuat bahan modul, arahkan pelajar untuk mengaplikasikan teori ini. Hasil kursus merupakan bahan ukur untuk mengukur sama ada modul yang digunakan bermanfaat dan mempunyai ciri-ciri teori minimalism atau tidak.

1 comment:

Unknown said...

Terima kasih atas perkongsian. Izinkan saya untuk dapatkan maklumat di sini untuk kajian saya. Boleh kunjungi blog saya https://huzaimialias.wordpress.com berkaitan dengan kajian yang saya lakukan.

Post a Comment